Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata golongan peruncit perlu didedahkan dengan jelas mengenai GST terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.<br /><br />Tambah beliau, kerajaan wajar bekerjasama dengan persatuan peruncit untuk menerangkan secara mendalam mengenai sistem GST kerana ramai yang masih tidak memahaminya.
