Dilema berhadapan dengan soalan "sudah kahwin atau belum" menjadi tema yang diangkat dalam teater komedi muzikal Marrying Me arahan Christopher Ling.<br /><br />Teater itu akan dipentaskan di KLPAC pada 5 hingga 8 Disember ini.<br /><br />Ia mengisahkan keluh kesah seorang gadis yang mencari calon suami semata-mata untuk memuaskan hati ibunya yang mahu melihat dia berkahwin.
