Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pakatan pembangkang yang cuba menakut-nakutkan rakyat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan pada April 2015.<br /> <br />Kata beliau lagi sistem GST akan lebih berkesan kerana hasil pungutan cukai akan disalur kembali kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan-bantuan lain seperti bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
