Pengarah Pencegahan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayob Yaakob memaklumkan sehingga Jun tahun ini, polis merekodkan 873 kes jenayah membabitkan belia khususnya pelajar sekolah berbanding 335 bagi tempoh sama pada 2012.<br /> <br />Namun, menurut Ayob, penglibatan belia dalam kegiatan tidak sihat berkurangan sejak polis melancarkan Ops Cantas selain mewujudkan beberapa inisiatif untuk memastikan belia tidak terlibat dengan jenayah.