Khalid turut diminta memberi penjelasan mengenai maklum balas pihak berkuasa beberapa negara lain dalam mengenal pasti rekod jenayah semua penumpang MH370.

Menurut Ketua Polis Negara, sehingga kini hanya China dan India sudah memberikan maklum balas mereka.

Justeru katanya, PDRM masih menunggu jawapan daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan Ukraine selain New Zealand serta Australia.

Untuk rekod, dua pertiga daripada 239 penumpang MH370 adalah warganegara China manakala seramai 12 orang merupakan warga India.