KUALA LUMPUR: Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seperti diramalkan pelbagai pihak.<br /><br />Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
