Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan dan anggota yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat SAR, pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.<br /><br />Pasukan SAR kata Timbalan Perdana Menteri sudah bekerja keras sekali gus perlu diberi penghormatan kerana pengorbanan masa dan tenaga yang dikerahkan.