Atas kapasiti sebagai menteri pertahanan dan pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin turut mempergiatkan usaha memberikan maklumat kepada rakyat China.

Antaranya muncul di siaran CCTV China dan mewujudkan akaun media sosial Weibo.

Untuk rekod, Malaysia Airlines sering mengemas kini maklumat terbaru melalui sosial media miliknya, antaranya laman Facebook berhubung usaha mencari MH370.

Bagaimanapun, Facebook tidak boleh diakses di negara republik itu.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.