Seorang pegawai RELA dihadapkan ke mahkamah seksyen di Kuala Terengganu atas dua tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyediaan makanan dan minuman dan perkhidmatan kanopi bernilai RM13,500, hampir tiga tahun lepas.<br /><br />Nor Arzaman Mohd Ali, 53 tahun, didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada majikannya, pejabat rela daerah Setiu, bagi program penubuhan platun remaja RELA pada 30 September hingga 1 Oktober 2011.
