Berkuatkuasa 1 April ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD akan menggantung lesen pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata ia adalah usaha berterusan suruhanjaya itu dalam membenteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab.<br /><br />Setakat bulan ini, 10 pemandu teksi digantung lesen selama 3 bulan.
