Misi mencari pesawat MH370 yang hilang dipertingkatkan dengan petunjuk baharu yang boleh dipercayai, susulan penemuan dengan dua objek dikenal pasti di selatan Lautan Hindi.<br /><br />Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan, di sebalik pelbagai petunjuk yang diperoleh sebelum ini, maklumat terbaru yang dikongsi Australia, merupakan petunjuk yang boleh dipercayai.
