Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan RM10 juta, untuk membina infrastruktur kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar lembangan sungai Selangor ke sungai Selangor.<br /><br />Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya memaklumkan, peruntukan termasuk membeli pam berkeupayaan tinggi bagi memastikan kerja mengepam berkesan dan mampu meningkatkan paras air di sungai Selangor.
