Hasil siasatan awal insiden penerbangan MH192 mendapati roda utama nombor tiga pesawat itu pecah semasa berlepas.<br /><br />Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan pesawat itu ketika ini ditempatkan di bahagian kejuruteraan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pemeriksaan lanjut dan tujuan baik pulih.