Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul khas di Dewan Rakyat hari ini bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH370.<br /><br />Menurut Najib, usul di bawah peraturan mesyuarat 27(3) itu turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.