Operasi mencari dan menjejak, SAR MH370 diteruskan pada Jumaat dengan lapan pesawat tentera dan 10 kapal disiapkan untuk menyertai pencarian.<br /><br />Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) memaklumkan, pihak berkuasa keselamatan maritim Australia merancang mencari secara visual meliputi kawasan 49 ribu 240 kilometer persegi, berpusat sekitar 1,584 kilometer ke utara barat Perth.
