Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.<br /><br />Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Strategik Dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Amir Mahmood Razak.<br /><br />Katanya, kerja-kerja itu bagi memberi kestabilan pada lapisan bawah permukaan tanah selepas lubang mendap terbentuk Khamis lepas.
