Kementerian Kesihatan sedang menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau supaya tabiat merokok dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memaklumkan, draf akta itu kini diteliti menteri kesihatan dan akan dibawa ke jabatan peguam negara dan jemaah kabinet sekiranya bersesuaian.
