Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh keyakinan tinggi bahawa jurulatih dan dua tonggak baru dapat memberi impak besar kepada skuad The Red Warriors.<br /><br />Menurut Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, George Boateng mempunyai pengalaman luas selain keupayaan Prince Tagoe dan Hussein Ala Salma memperkuat pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia.