Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud terengganu dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pelancaran Roket Ayer MEASAT 3-B.<br /><br />Measat Global Berhad atau lebih dikenali sebagai MEASAT menganjurkan pertandingan itu sebagai program untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dalam industri satelit.<br /><br />Ia juga adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat satelit utama Malaysia itu bagi membangunkan generasi pemimpin teknologi akan datang.