Bermula 1 julai ini, semua syarikat bas akan dinilai melalui sistem penarafan bintang bagi menilai kualiti perkhidmatan yang diberikan.<br /> <br />Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata selain mewujudkan persaingan sihat, langkah itu turut bertujuan membendung insiden kemalangan membabitkan bas ekspres dan juga bas persiaran.