Zam telah diumumkan sebagai juara pertama program "Skool Of Lawak"...dengan membawa pulang wang tunai RM 100 ribu.

Pemilik nama Muhammad Rizam Zaafar itu mengalahkan saingan dekat Fiza serta One.

Fiza atau nama sebenarnya, Filzah Azmi, 25 tahun berada di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM 50 ribu.

Manakala One atau Mohd Hazwan Mohd Azani menerima RM 25 ribu apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

70 peratus markah diperolehi daripada juri iaitu Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid serta Professor Madya Razak Mohaideen sementara 30 peratus merupakan undian penonton.

Dihoskan Jep (Sepathu) dan Johan (Raja Lawak) pusingan akhir menyaksikan penonton diuji menerusi tema "Silent Comedy" dan "Stand Up Comedy".

"Skool Of Lawak" disiarkan setiap Jumaat pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika Hd (134).