Persoalan sama ada catuan air bakal ditamat atau disambung kini menjadi tanda tanya.<br /><br />Ia kerana minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, catuaan air dijangka ditamatkan pada hari ini atau Rabu.<br /><br />Dan satu sidang media yang dijadual diadakan oleh Khalid hari ini mengenai perkara itu ditangguhkan sehingga esok tanpa memberikan sebarang alasan.
