Orang ramai yang menyertai perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, GST pada 1 Mei dinasihatkan supaya mengikut segala arahan polis.<br /><br />Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata antara perkara yang dilarang ialah membawa senjata dan menggunakan pembesar suara sewaktu perarakan.
