Industri pelancongan kesihatan antara cabang bidang berpotensi melonjak pertumbuhan ekonomi Malaysia seperti sektor lain.

Kecemerlangan Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan itu menarik pelancong asing berkunjung di negara ini bagi mendapatkan pelbagai jenis rawatan penyakit.

Berdasarkan laporan, negara mencatatkan pertumbuhan lebih 20 peratus sejak tiga tahun lalu dengan angka tertinggi dicatatkan tahun lalu yang mana perolehan pendapatan dalam bidang itu sebanyak RM570.5 juta.

Bagi membincangkan dengan lebih lanjut bersama kita di studio ialah Doktor Alice Prethima Michael, Pakar Perubatan Estetik.