Malaysia sudah memberikan taklimat menyeluruh mengenai tragedi MH370 kepada wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi.<br /><br />Malaysia turut menyerahkan maklumat terkini data satelit inmarsat kepada Yesui, seperti mana yang dipohon kerajaan China pada selasa.<br /><br />China pada masa sama, menyatakan komitmen untuk mempergiat operasi mencari di Lautan Hindi.
