Senario politik yang rumit, perundangan dan pertubuhan serta kurangnya peraturan perniagaan yang seragam serta harmoni di kalangan negara Asean menjadi penghalang kepada Kemajuan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).<br /><br />Ia dinyatakan menerusi satu laporan yang dikeluarkan Ernst n Young Malaysia.<br /><br />Mengikut "Kad Skor Komuniti Ekonomi Asean 2012", hanya dua pertiga daripada sasaran rangka tindakan AEC 2007 yang bertujuan untuk mencapai integrasi ekonomi serantau menjelang tahun depan dicapai.
