Pasukan mencari dan penyelamat (SAR) Vietnam mendakwa menemui beberapa serpihan besar di perairan di selatan daerah Ba Ria Vung Tau malam tadi.<br /><br />Menurut jawatankuasa SAR Ho Chi Minh penemuan itu dimaklumkan menara kawalan udara Hong Kong, selepas serpihan itu dikesan oleh sebuah pesawat komersil.
