Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti 'Soup Kitchen' hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri.<br /><br />Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tarikh itu dipersetujui sebagai tarikh baru penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 (NGO) pada Selasa.
