Bekalan air di Melaka hanya boleh bertahan sehingga 29 Mac dan catuan dijangka dimulakan selepas tarikh berkenaan sekiranya musim kemarau berlarutan.<br /><br />Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, menerusi pelan kecemasan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka masih boleh menampung keperluan 105 juta gelen air sehari.