Syarikat yang menjalankan kerja-kerja mencari harta karun di Pulau Nangka, Smart Partnership International Sdn Bhd akan mendedahkan sebahagian imej struktur ruang kosong yang dipercayai menyimpan artifak berharga, dalam masa terdekat.<br /><br />Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said, berkata ia akan dibuat selepas melakukan imbasan bumi elektro magnetik minggu hadapan.
