Perdana menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, BN Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan perhimpunan perpaduan MCA bertemakan "Teguh Bersama" di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, TAR.<br /><br />Dalam ucapannya perdana menteri menekankan bahawa keamanan sebagai kunci utama kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.<br /><br />Untuk butiran lanjut mengenai majlis ini, kita bersama wartawan Haris Hardy Hakim yang membuat liputan di Setapak.