Dhaarma Raj dan Rashid Sidek antara nama yang hangat meniti di bibir peminat dan pengkritik sukan tanah air.

Dhaarma dipecat selaku ketua jurulatih hoki Malaysia.

Rashid pula memilih untuk letak jawatan.

Puncanya sama, prestasi hambar atau lebih tepat lagi gagal menepati ‘standard‘ sewajarnya dalam Sukan Komanwel Glasgow.

Bersama Penganalisis Sukan Astro Arena Rizal Hashim bagi membincangkan perkara ini.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.