Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI menjangka dapat melengkapkan analisis data daripada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat penerbangan MH370, dalam masa terdekat.<br /><br />Pengarah FBI, James B. Comey, berkata pakar sedang bekerja 24 jam sehari untuk melengkapkan analisis berdasarkan data yang diperoleh daripada simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.