Sementara itu, jenazah pembantu juruterbang, Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mangsa nahas MH17 yang dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan.

Perkara itu disahkan sendiri bapa saudara Firdaus, Azman Ibrahim.

Malaysia Airlines, MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam, namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.