Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut hadir di mesyuarat berkenaan gembira bahawa perbincangan tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia berjalan dengan baik.

Malaysia katanya..gembira kerana Australia dan China terus komited membantu dalam usaha mencari MH370 yang kini sudah memasuki fasa baru.

Tambah beliau, usaha mencari kini dianggap semakin mencabar kerana kawasan pencarian diperluaskan dengan penambahan beberapa aset dari Australia, China dan Amerika Syarikat.

Tetapi beliau pada masa masa menyifatkan operasi yang dijalankan kini sangat fokus selain dirangka dengan teliti serta berada di landasan betul.