Joel Lambert, seorang pengacara program yang juga bekas Tentera Laut Amerika Syarikat, berharap keluarga penumpang dan anak kapal, pesawat MH370 tabah menghadapi situasi sekarang.<br /><br />Jelas beliau, tragedi berkenaan bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi mengejutkan komuniti antarabangsa kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.