Pasangan warga Malaysia di Sweden, Shalwati Norshal dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah mendera empat anak mereka.<br /><br />Untuk kesalahan itu, mahkamah daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shawati dan 10 bulan ke atas Azizul.<br /><br />Hukuman berkuat kuasa dari tarikh mereka ditahan iaitu pada 18 Disember 2013.
