Jabatan Imigresen akan mempertingkatkan kapasiti sistem pangkalan datanya bagi mengesan penggunaan pasport yang dilaporkan hilang dan dicuri di seluruh dunia.<br /><br />Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (KAWALAN) Datuk Sakib Kusmi berkata sistem pangkalan data sedia ada tidak berupaya menyimpan data yang terlalu besar khususnya maklumat interpol mengenai 40.2 juta kes kehilangan pasport.