5 lagi jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 dikenal pasti di Belanda.<br /><br />Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengecaman kelima-lima jenazah itu disahkan oleh pakar forensik di Belanda.<br /><br />Bagaimanapun, kelulusan membawa pulang lima jenazah berkenaan masih belum diumumkan oleh pihak berkuasa Belanda.
