Hishammuddin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat ke Perth untuk meninjau sendiri operasi pencarian yang kini dikendalikan australia menerusi pangkalan tentera udaranya, di Perth.<br /><br />Menurutnya, Najib berterima kasih kepada australia atas komitmen tinggi yang ditunjukkan negara itu dalam mencari MH370.