Kerajaan negeri terengganu sedang menimbang beberapa permohonan serta cadangan dari pelbagai pihak bagi pembinaan 2 kem latihan PLKN yang bakal ditempatkan di kawasan Hulu Terengganu.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Belia ,Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat berkata antara permohonan yang diajukan setakat ini membabitkan kawasan di Hulu Berang,Kampung Matang serta berhampiran Tasik Kenyir.