Koperasi sekolah di Malaysia yang mempunyai gerakan tersusun dan sistematik bukan sahaja berjaya di peringkat antarabangsa malah turut menjadi rujukan negara luar.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara negara luar yang menjadikan Malaysia sebagai negara rujukan untuk sistem koperasi sekolah ialah India, Thailand dan Fiji.
