Seorang pengurus cawangan Mydin dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyeleweng lebih RM2 juta wang syarikat milik Mydin Mohamed Holdings Berhad cawangan Manjoi, Ipoh.<br /><br />Jayabalan K. Subramaniam dituduh menyeleweng wang tersebut dengan menjual barangan milik syarikat berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan majikannya.