Seorang anggota polis peronda maut manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian di Taman Sentosa awal pagi Selasa.<br /><br />Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, menerima rawatan di hospital sama.
