Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular.<br /><br /> Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.
