Naib Presiden Kanan, Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad mengesahkan peluang pemain dari Jerman Kevin Lim untuk mewakili negara adalah cerah berdasarkan status pemain itu sebagai pemegang MyKad. <br /><br />Pemain kelahiran Tanjong Bungah Pulau Pinang ini menarik minat Dharma Raj Abdullah selepas menyertai skuad kebangsaan semasa lawatan ke Perth, Australia. <br /><br />Menurut Azmi, Kevin hanya perlu memenuhi syarat Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selain mendapat lampu hijau daripada Jerman sebelum layak menyarung jersi skuad kebangsaan.