Kerjasama anggota masyarakat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan penting dalam mencegah penularan denggi.<br /><br />Di Gua Musang, seramai 700 penduduk dari 400 buah rumah di kejiranan Taman Damar turun padang bagi menjalankan aktiviti gotong-royong perdana membasmi wabak denggi.