Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan berkata, dalam usaha itu Astro memastikan saluran Astro Awani dapat ditembusi melalui platform Astro On The Go di mana sahaja di dunia.