Johor yakin untuk mencapai 3.5 juta pelancong pada tahun ini dengan pengenalan laluan domestik baru antara Johor Bharu dan Ipoh oleh syarikat penerbangan Firefly Sdn Bhd.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata laluan baru ini dijangka membantu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong di Johor berbanding tahun lepas sebanyak 3.1 juta orang.