Di Pulau Pinang, ribuan kenderaan yang bersedia untuk memasuki plaza tol itu berhenti selama seminit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa pesawat penerbangan malaysia mh17.
Sebaik pengumuman di buat , kenderaan yang bergerak berhenti kira-kira jam 10.45 pagi dan bacaan al-fatihah dibacakan bagi umat islam, manakala bagi penganut lain dilakukan mengikut adat dan agama masing-masing.
Tinjauan di Plaza Tol Jambatan itu pagi tadi mendapati kebanyakan pengguna laluan itu bersikap terbuka sempena hari perkabungan negara biarpun terpaksa menempuh kesesakan di laluan masuk jambatan itu .

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani